Thursday 12 July 2012

Pengenalan Fiber Optik

ž       
Penghantaran melalui cahaya
      
      Kabel gentian fiber diperbuat daripada kaca yang disaluti oleh penebat. Fiber optik menggunakan cahaya untuk menghantar isyarat, berbeza dengan kabel tembaga yang menggunakan isyarat elektronik. Oleh itu dapat mengelak gangguan elektromagnet dan jarak yang jauh.Connecter yang selalu digunakan untuk menyambung kabel fiber optik ialah ST connector yang menyerupai BNC connector.Namun begitu SC connentor  akan menjadi lebih  popular kerana mudah  digunakan.
 
Lapisan Fiber Optik
 
 
     Gentian optik merupakan satu pemandu gelombang cahaya yang terdiri daripada teras (core), salutan (cladding) dan jaket pelindung (protective jacket)
Perhubungan sistem gentian optik menggunakan kabel gentian optik sebagai media penghantaran
Maklumat yang dihantar adalah dalam bentuk cahaya yang merambat dalam kabel gentian optik


Elemen dalam sistem gentian optik iaitu  
  
-Pemancar - menukarkan isyarat digital kepada denyut   
 cahaya.
-Penerima – mengesan denyut cahaya dan menukarkannya  
 kepada signal elektrik dan signal ini akan dikuatkan dan
 ditukar kepada bentuk asal data.

No comments:

Post a Comment